Showing posts with label share n care. Show all posts
Showing posts with label share n care. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

10 Kunci Persahabatan Yang Baik



kusyiena_idaniz writes

"1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali
"

Thursday, March 18, 2010

~Control ur Stress ~



Adakah anda sering mengalami STRESS? Try tips ini untuk mengawal emosi anda.....

1> Selalu berfikiran positif dan logik. Jangan terlalu narrow-minded.

2> Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu oleh anasir-anasir buruk.

3> Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun tidak menerima sebarang respon.

4> Membaca petikan, kata-kata hikmah, mutiara kata atau maksud-maksud hadis dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri anda.

5> Sentiasa memaafkan orang lain.

6> Selalu berdoa dan beribadat.

7> Elakkan daripada perkara-perkara yg boleh memberikan tekanan.

8> Selalu bersenam.

9> Elakkan dari berucap atau bercakap ngan nada yang tinggi.

10> Mempunyai rehat yang cukup."

~perkongsian dr rakan